Tuesday, April 13, 2010

Ole Ole Manis Bercuti Panjang

Salam kepada semua,

Disebabkan tahap kebizian yang agak melampau kebelakangan ini, dengan rasminya saya ingin mengumumkan (cewah, cam penyimpan mohor besar plak ;p) bahawa saya tidak akan mengambil sebarang order bermula pada 19hb April 2010 sehingga 19hb Jun 2010. Ada masa seminggu lagi untuk confirmkan order anda.. Oh lamanya.. kenapa lama sangat? Sebab saya nak pastikan semua order disiapkan sebelum bulan Mei kerana saya akan menumpukan sepenuh perhatian kepada persiapan perkahwinan saya pula. ;)

Kepada yang dah confirm order untuk tarikh2 tertentu dan dah bayar deposit tu jgn risau ye.. Semua berjalan lancar seperti yang dijanjikan sebelum ini. Sebarang email tetap akan dilayan seperti biasa cuma kemungkinan akan lewat sikit, harap bersabar ye di atas kesulitan ini..

p/s : kepada beberapa orang yg sedang mendapatkan confirmation dari parents atau yang sepatutnya respond utk artwork, sila update ye. Risau nad terpaksa tolak kalau terlambat sangat dan nad mmg taknak pasal fikir kerja untuk bulan Mei, nak fikir kawen je.. hik hik hik :)

Love,
Nardea

e-mail : oleolemanis@gmail.com
SMS @ Call : +6012-3447400

Wednesday, April 7, 2010

Sila Ambil Perhatian.. Penipuan!

Salam Semua,

Tajuk yang sangat menyakitkan hati bukan?

Saya dengan ini secara terbuka memohon maaf kepada semua bekas client atau bakal client. Hari ini saya amat tersentuh dengan SMS 'seseorang' yang menganggap saya MENIPU. Saya terima dengan sepenuh hati dan terima seadanya. Terima kasih di atas teguran awak yang sangat berhemah dan menyedarkan saya. Entry ini dibuat supaya tiada orang tertipu lagi macam orang tu.

Kenapa? Sebab saya menjual paper bag goreng pisang a.k.a Paper Bag Nariko. Sila ambil perhatian kepada bakal client. Ya betul saya menjual bag goreng pisang yang sekarang ni tengah hangat macam pisang goreng panas. Alhamdulillah.. rezeki. Kepada yang ingin membeli diingatkan semula apa yang anda dapat dgn Paper Bag Nariko (sempena nama Nariko a.k.a Azi ) ni :

1. Paper Bag Goreng Pisang
2. Riben dah potong mengikut warna yang diminta
3. Personalized sticker (suka hati nak tulis apa)
4. Paper bag tidak bertebuk, riben tidak diikat, sticker tidak ditampal (DIY)

Kalau rajin nak potong riben sendiri, cari printing sendiri dan juga bole beli paper bag goreng pisang ni dengan harga yang lagi murah. Bole buat sendiri di rumah. Saya hanya memudahkan kerja mereka yang banyak kerja lain untuk diselesaikan.

Kepada bekas client semua, terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda dan kepada bakal client pula, tepuk dada tanya selera. :) Maaf kepada yang terasa hati.


Love,
Nardea

e-mail : oleolemanis@gmail.com
SMS @ Call : +6012-3447400